Program Imunisasi Tambahan & Hari Bersama Pelanggan KWSP

21 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

20 Januari 2024, Sabtu – Program Imunisasi Tambahan secara percuma anjuran Pejabat Kesihatan WP Putrajaya telah diadakan di PEDi Presint 18 dengan sokongan KRT 18R13 dan Pusat Ekonomi Digital, PEDi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah Program Imunisasi untuk kanak-kanak 18 bulan hingga 12 tahun dan Program Hari Bersama Pelanggan KWSP untuk pembukaan booth KWSP cawangan Kajang.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan petugas pejabat kesihatan diberi tugasan untuk ke rumah-rumah memberi penerangan mengenai program imunisasi yang dijalankan. Seterusnya, ibu bapa akan membawa kanak-kanak untuk mendapatkan suntikan imunisasi demam campak (Measles) di kaunter imunisasi di PEDi Presint 18. Program Hari Bersama Pelanggan KWSP dengan pembukaan booth pada hari tersebut untuk komuniti yang ingin mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkenaan, kepentingan dan manfaat menjadi ahli KWSP, penerangan skim i-SARAAN (insentif Kerajaan berjumlah RM500), pendaftaran KWSP i-AKAUN (App & Website), semakan penyata KWSP dan nasihat asas perancangan kewangan dan persaraan.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan KWSP cawangan Kajang. Program telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas